Maulid Nabi

Salam kesihatan...
= D

Apa yang kita anggap tentang maulidul rasul?
kebanyakan orang zaman sekarang mengangap maulid nabi hanyalah seperti menyambut hari-hari seperti new year, cuti-cuti sedunia..

Meeting untuk apa?

Assalamualaikum...
Kebanyakan dari kita banyak yang masuk di dalam persatuan atau kelab-kelab dan sentaisa melakukan aktiviti meeting atau (Jumpa Dakwat - Meet ink)
Diharap jika anda orang yang begitu, diharap anda bijak meng bahagikan masa-masa anda.

Salam Kesehatan dari Intellectual Student's Association

Perkongsian Bersama

Untuk Mencari Ketenangan Kehidupan dan juga Kestabilan diri

Ingat Kejahatan Kita Pada Orang
Ingat Jasa Orang Pada Kita

Lupakan Jasa Kita Pada Orang
Lupakan Kejahatan Orang Pada Kita

Orang yang boleh melakukan perkara-perkara ini adalah orang yang baik dan stabil kehidupannya...
marilah kita sama-sama cuba baiki diri kita
= D

Assalamualaikum dan Selamat Pulang

Kepada semua Ahli insan... selamat kembali ke pangkuan kampus yang telah seminggu sepi ini...
= D
kehadiran anda semua akan menjadikan kampus kita HIDUP semula setelah semua orang balik raya...
(^.^)

Selamat Bercuti

Kepada semua Ahli INSAN,
selamat bercuti dan berehat, semoga anda semua menemui cuti yang meriangkan dan bertemu kembali teman-teman lama di rumah. Kepada yang jadi penolong rumah tu, jangan tidur sahaja yee...
Barakallahufik....
Semoga Allah merahmati Cuti Anda
(^.^)

Lawatan insan

Permulaan Pengembaraan

Ketika Bertaa'ruf di dalam Bas


Ketika Sampai ke Restu Shah Alam


Ketika aktiviti berjalan

Fadhilat Membaca Bismillah

Tahukah anda terdapat banyak kelebihan yang kita boleh miliki jika kita istiqomah mengamalkan ayat Bismillah pada setiap perbuatan yang kita lakukan.
Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telinga orang yang pengsan, insyaAllah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insyaAllah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insyaAllah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. InsyaAllah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Apa yang Tersirat Disebalik Berwudhu'

Untuk renungan bersama.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasannya : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasannya : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasannya : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
Penjelasannya : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasannya : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Apalah gunanya jikalau wajah yg tampan dan tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan ALLAH TAALA.