Efektif dalam dakwah lebih baik daripada berteori perkataan

Salam sejahtera dan salam baik baik belaka kepada semua warga INSAN (Intellectual Students Association)
Hmmm, Setelah lama di dalam bidang dakwah ini apa yang kita dapat perhatikan ketika kita bertungkus lumus melakukan gerak kerja dakwah?
adakah kita dapat penat dan popular?
adakah kita dapat perdebatan aktiviti?
adakah kita adapat sebarkan Islam?

atau kita hanya berbicara biasa sahaja tanpa ada apa - apa kesan nilai Islam dalam apa yang kita telah lakukan?
mari kita postmoterm kembali tentang perjuangan kita. Adakah kita hanya semata - mata membawa Nama INSAN? atau kita bawa Kehidupan Berorganisasi? atau kita bawa kehidupan sebagai seorang Muslim?
mari kita renungkan setelah kita lama berada ti tangkuk kampus....
semoga artikel ini memberi lontaran dan anjakan kepada bakal pimpinan baru INSAN..
Wallahualam
= D
selamat Hari Raya

Rindukan Ukhuwah...

Assalamualaikum sahabat-sahabat..

Hampir tiga minggu kita semua tidak bersua. Rindukan ukhuwah pastinya tersemai dalam diri sahabat-sahabat sekalian.Ini disebabkan tautan hati-hati kita yang telah terikat dengan mahabbah.
Cuti tidak bermakna silaturrahim diputuskan begitu sahaja, kita masih boleh menanyakan khabar sahabat-sahabat kita melalui pelbagai medium. SMS, YM dan yang paling popular sekarang adalah melalui facebook.
Semoga sepanjang kita tidak keberadaan dalam keluarga insan buat sementara waktu ni, tanggugjawab anda semua sebagai pendai'e tidak di lupakan. Ingatlah, dunia perlukan dakwah!!. Dengan tertautnya hati-hati ini pada halawatul (kemanisan) bersahabat, saling ingat-mengingati di amal kan dalam memperbaiki dan muhasabah diri masing-masing.

Jage iman, jage hati, jage amanah, jage diri sepanjang cuti ni. Moga pertemuan kita semua pada sem depan akan terubat perasaan rindu ni..
salam rindu..salam mahabbah..



[ insan_mahabbah ]

Perjuangan Akhir

Assalamualaikum....
Kepada Semua Ahli insan dan juga kepada semua Warga UiTM melaka, Selamat Menempuh peperiksaan akhir semester...

jika anda di dalam kebuntuan untuk menghafal segala perkara akademik...
ambil kata ini
"Belajar apa yang kita mahu, Hafal apa yang kita nak tahu, Baca apa yang kita nak baca"

ikut hati masing-masing, kursus masing-masing.
Apa yang kita cari di dalam peperiksaan bukanlah untuk mendapat kecemerlangan 'A' semata,
kita mencari Manfaat dari apa yang kita pelajari,
Bangunlah kembali, Ciptalah kembali, apa yang telah tokoh-tokoh Islam lakukan kepada Islam..
-cipta alatan doktor
-cipta falsafahkehidupan
-cipta teknologi kimia
-cipta teknologi

kita sebagai para Intelek, Bangkitlah memanfaatkan ilmu

BarakAllahufiq
(0_0)

Apa itu Dakwah

Assalamualaikum.....

Apa itu dakwah?
menyampaikan?
menyebarkan?

ya.. dakwah banyak maksudnya...
tapi cara melaksanakannya itu yang sepatutnya di titikberatkan. kita terlalu fokus untuk menarik orang ke arah kebaikan, tetapi tidak sedar yang kita menjadi obsesi dengan apa yang kita lakukan sehingga kadang kala kita fikir, kita sahaja yang betul.

Dakwah lebih tertumpu pada strategi sebenarnya, bukannya Ilmu semata-mata, ye, betul perlu ada Ilmu untuk dakwah, tetapi Ilmu itu sering kita guna untuk beri alasan untuk berdakwah

"aku mana cukup ilmu nak dakwah2 ni.."
jawapan yang biasa kita dengar.... atau jawab...

setujukah kita jika nak kata orang yang tidak tahu berdakwah tetapi telah berdakwah secara tidak sedar?

contoh 1
pakar Photoshop:
membuat wallpaper dan menampalnya di tempat awam dan orang tersentuh dengan seni Islamnya.

contoh 2
pakar Blogger:
menulis segala2 tentang kehidupan dengan mengaitkan keadaan yang betul

contoh 3
perempuan soleh
memakai tudung labuh

tidak semestinya hanya perlukan orang yang berfikrah Islam untuk merealisasikan Islam.
kita boleh menggunakan "keganasan" seseorang untuk berdakwah
kita boleh menggunakan "kekabutan" seseorang untuk berdakwah
kita boleh menggunakan "keceriaan" seseorang untuk berdakwah
kita boleh menggunakan "perasaan" seseorang untuk berdakwah

selagi kita boleh mengawal keadaan, kita boleh berdakwah.
tetapi jangan dakwah sorang2...
dan jika beramai2, sebab itu perlunya ketua. dia yang akan fikirkan perkara2 diatas.

tetapi jika kita hanya asyik bertelagah. Orang memang selalu berkata buruk pada kita.
fikirkan...
BarakAllahufiq...
(^_^)

Management insan

ETK(Eco Tarbiyah Kerohanian)
-Melakukan 2 perkara tarbiyah. Untuk MT dan untuk Ahli.
-Tarbiyah Fokus pada Usrah tan Pentarbiyahan insan.
-Tunjang kepada dakwah adalah Tarbiyah

EPL(Exco Perhubungan Luar)
-Main event adalah Aktiviti yang menggunakan Proposal
-lawatan, aktiviti yang melibatkan orang awam
-menganjurkan aktiviti yang menguatkan ukhuwah ahli

EPub(Exco Publisiti)
-Melakukan apa sahaja Promosi melibatkan kreativiti
-manage Board
-buat iklan/pengumuman/notis
-menceriakan seni2 insan.
-mengupload gambar2 aktiviti ke insani.ning.com
-menghasilkan artikel

ESK(Exco Sukan Kebudayaan/Kebajikan)
-melakukan Binding ahli
-group binding/team building
-melakukan aktiviti kesihatan/kebajikan

Eko(Exco Ekonomi)
-Main event, mencari duit
-mencari peluang2 jualan pada krnival dll.
-menjual baju insan/souvenier.

MT(Majlis Tertinggi)
-Manage insani.ning.com(Admin)
-Manage Exco/ laporan dakwah Exco
-Memantau/menguruskan aktiviti
-Menguruskan aktiviti/informasi Blog


Management Insan
Mari Sama-sama kita Laksanakan ikut Kemampuan

Tanggungjawab

Assalamualaikum,

Kebanyakan kita bila di temuduga untuk diberikan jawatan/amanah/tanggungjawab, pastinya akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk temuduga itu,
cuba tanya pada diri sendiri, adakah temuduga itu hanya sekadar "nama" "Amir" "Amirah"
atau "Amanah"?
jika ia adalah Nama?
maka temuduga itu hanyalah dusta.
jika ia adalah Amanah
maka, orang yang ditemuduga itu adalah yang terbaik dinamakan "Amir/Amirah",
jadi ana Ingin Bertanya Pada "Amir/Amirah" biro dan MT insan sekalian...
Bagaimana Kamu Berdakwah setelah kamu mendapat Gelaran "Amir/Amirah"?
bagaimana kamu meletakkan yang utama dari yang utama?
bagaimana kamu melakukan dakwah itu?
adakah kerana INSAN ataupun kerana jawatan?
ataupun Ikhlas kerana kamu seorang umat ISLAM?
jadi jawapannya pada antum semua.
ana terlihat sesuatu yang sangat menyedihkan, jadi, ini satu teguran secara Public kepada SEMUA yang memegang jawatan dalam INSAN.
SILA Jalankan Tanggungjawab Kamu dengan Ikhlas.
"Seorang Pemimpin Perlulah Ditegur Secara Begini Untuk tidak Menghilangkan Thiqah orang awam kepada Pimpinan"
Wallahualam...
(-MANTAN- insan)

Kekuasaan Ilahi

Di mana kita alert pasal Kekuasaan ilahi?
di hati?
di lidah?
di tangan?
di kekuasaan?

orang tidak mengerti apa itu kekuasaan ILAHI jika mereka kita tidak didakwah dan diberi kefahaman

Huh.. Kesungguhan Berdakwah hari ini... (^.^)

Setelah kepenatan semalam, Bagi memeriahkan majlis Komunikasi Islam (^.^)
kita pergi memberikan Wakil kepada Pertandingan Nasyid...
although tak menang, tapi yeah...!!!!
syiok betul wei... huhu...!!!

Kepenatan....

Assalamualaikum...
Kasihan kita lihat ahli insan ni...
kepenatan mereka melaksanakan Minggu Aspirasi Komunikasi Islam..
wajah wajah pejuang Dakwah yang sedang cuba memberikan yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab itu. kesungguhan itu boleh dibayarkah?
Wallahualam...
(^.^)
marilah sahabat-sahabat, tidak kira anda dari kolej mana, persatuan mana, kelab mana, fakulti manapun... cubalah kita bantu mereka2 ini untuk menjayakan dakwah di dalam kampus kita ini, cubalah kita tunjukkan yang Islam itu sungguh sempurna, cubalah kita sama-sama alami keperitan dakwah...
pikulan tanggungjawab itu bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan (KG) tapi diukur dengan kesanggupan....
kepada sahabat-sahabat yang dirahmati sekalian, semoga kalian diberi kemudahan... amiiin..
(*dari MANTAN yang melihat keadaan)
= D

Maulid Nabi

Salam kesihatan...
= D

Apa yang kita anggap tentang maulidul rasul?
kebanyakan orang zaman sekarang mengangap maulid nabi hanyalah seperti menyambut hari-hari seperti new year, cuti-cuti sedunia..

Meeting untuk apa?

Assalamualaikum...
Kebanyakan dari kita banyak yang masuk di dalam persatuan atau kelab-kelab dan sentaisa melakukan aktiviti meeting atau (Jumpa Dakwat - Meet ink)
Diharap jika anda orang yang begitu, diharap anda bijak meng bahagikan masa-masa anda.

Salam Kesehatan dari Intellectual Student's Association

Perkongsian Bersama

Untuk Mencari Ketenangan Kehidupan dan juga Kestabilan diri

Ingat Kejahatan Kita Pada Orang
Ingat Jasa Orang Pada Kita

Lupakan Jasa Kita Pada Orang
Lupakan Kejahatan Orang Pada Kita

Orang yang boleh melakukan perkara-perkara ini adalah orang yang baik dan stabil kehidupannya...
marilah kita sama-sama cuba baiki diri kita
= D

Assalamualaikum dan Selamat Pulang

Kepada semua Ahli insan... selamat kembali ke pangkuan kampus yang telah seminggu sepi ini...
= D
kehadiran anda semua akan menjadikan kampus kita HIDUP semula setelah semua orang balik raya...
(^.^)

Selamat Bercuti

Kepada semua Ahli INSAN,
selamat bercuti dan berehat, semoga anda semua menemui cuti yang meriangkan dan bertemu kembali teman-teman lama di rumah. Kepada yang jadi penolong rumah tu, jangan tidur sahaja yee...
Barakallahufik....
Semoga Allah merahmati Cuti Anda
(^.^)

Lawatan insan

Permulaan Pengembaraan

Ketika Bertaa'ruf di dalam Bas


Ketika Sampai ke Restu Shah Alam


Ketika aktiviti berjalan

Fadhilat Membaca Bismillah

Tahukah anda terdapat banyak kelebihan yang kita boleh miliki jika kita istiqomah mengamalkan ayat Bismillah pada setiap perbuatan yang kita lakukan.
Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telinga orang yang pengsan, insyaAllah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insyaAllah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insyaAllah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. InsyaAllah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Apa yang Tersirat Disebalik Berwudhu'

Untuk renungan bersama.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasannya : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasannya : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasannya : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
Penjelasannya : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasannya : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Apalah gunanya jikalau wajah yg tampan dan tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan ALLAH TAALA.